Negara Muflis Hanya Spekulasi Pembangkang

P1010257

 

 

BACHOK – Dakwaan pakatan pembangkang negara akan muflis dibawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata.

Ini kerana pelaksanaan kerajaan membela nasib rakyat dan masih memiliki keupayaan yang kuat untuk melaksanakan projek pembangunan seperti yang dirancangkan.

Malah Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan (Perbendaharaan), Datuk Sri Dr. Mohd.Irwan Seriger Abdullah dalam satu laporan akhbar  berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi yang tidak berasaskan fakta sebenar.

Menurutnya, kedudukan kewangan negara sekarang masih kukuh dengan pertumbuhan di antara 5 hingga 6 peratus tahun ini berbanding 5.2 peratus pada tahun lepas.

“Pertumbuhan itu hasil daripada pelbagai sumber antaranya kutipan cukai dalam negeri termasuk  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam rangka lawatan  dua hari ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM) Kelantan di sini hari ini.

Pada akhir Febuari tahun ini KDRM menyasarkan kutipan cukai RM34 bilion tahun ini selepas mencatatkan kutipan terbaik pada tahun lepas iaitu sebanyak RM32.2 bilion.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya yakin jumlah itu mampu dicapai berikutan  prestasi kutipan yang dcatatkan oleh agensi berkenaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sudah melebihi sasaran iaitu hampir 11 peratus.

Sehubungan perkara itu, Mohd. Irwan berkata, pengurusan kewangan yang cemerlang membolehkan defesit negara berupaya dikurangkan kepada 4 peratus tahun ini berbanding 4.5 peratus tahun lepas.

Menyentuh cadangan parti pembangkang untuk menurunkan harga minyak jika parti itu diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kali ini beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kos kenaikan subsidi sebanyak RM10 bilion setahun selain memberi banyak faedah kepada golongan berada terutama yang memliki kereta mewah berbanding membantu kumpulan rakyat miskin di peringkat akar umbi.

Mengenai hutang negara beliau berkata, jumlahnya kurang daripada 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu masih rendah dan berada pada paras terbaik berbanding dengan negara-negara jiran, ada yang hampir 100 peratus.

Tags: ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: