Pas Hanya Pandai Doa Kemusnahan

 

Pas kembali mengulangi doa kemusnahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagaimana dilakukan sebelum ini.

Pada majlis solat hajat dan munajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini awal pagi ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi meminta Allah SWT menghancurkan parti itu sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat.

Menerusi doanya itu Nik Abdul Aziz seolah-olah menggambarkan BN tidak mempertahankan kesucian agama Islam selain bertindak zalim kepada agama suci itu. “Ya Allah Ya Tuhanku, Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

“Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagaimana Engkau pertahankan rumah Mu dari pelbagai serangan dan hancurkanlah mereka (UMNO) sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat.

“Kefahaman terhadap agama tidak diajar dalam pahaman kebangsaan, kerajaan perlu mendidik rakyat untuk mendekatkan diri dengan agama, kalau tidak mampu didik rakyat dengan agama, buat apa hendak jadi kerajaan.

“Oleh itu saya minta rakyat Kelantan di sini tidak kira Cina, Melayu atau India, serta penyokong UMNO juga turut menyokong Pas pada Ahad ini,” demikian antara bait-bait doa yang dibaca oleh Nik Abdul Aziz.

Betapa angkuhnya pemimpin seperti Nik Abdul Aziz, setiap perkara yang dilakukan seolah-olah semuanya betul dan benar sedangkan sebelum ini banyak pihak yang mengencam tindakan seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kepada orang Islam.

Tetapi kerana terlalu gilakan politik dan kuasa Nik Aziz boleh melupakan nilai-nilai murni keperibadian seorang muslim.

Tidak hairanlah jika selama ini beliau sanggup menggadaikan kalimah Allah kepada orang kafir. Menafikan sambutan Maulidur Rasul selepas menurut telunjuk DAP dan menghina Rasulullah dengan menyamakan pemimpin agung itu seperti mamat di kampung.

 

Tags: ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: