‘Jangan Takut Keluar Mengundi’

imageSHAH ALAM – Polis menasihatkan semua pemerhati Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) termasuk 17 kumpulan yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bekerjasama dengan polis sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kerjasama yang dimaksudkan adalah dengan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelicinan perjalanan pilihan raya kali ini.

Beliau berkata, pemerhati terlibat diingatkan untuk memakai baju dan pas yang dibekalkan oleh SPR.

“Kita tidak terima alasan pas tertinggal atau hilang kerana masalah kecil seperti ini boleh mengganggu kelancaran perjalanan pilihan raya yang berlangsung.

“Selain itu, mereka juga perlu bawa surat aku janji bagi memastikan bahawa penugasan mereka adalah sebagai pemerhati dan bukan terlibat dengan tugas atau perkara lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama Tun Hisan berkata, orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi esok kerana kawalan keselamatan berada pada tahap tertinggi.

Beliau memberi jaminan akan menjaga keselamatan semua pengundi dan mereka boleh keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) esok, tanpa sebarang rasa takut.

“Polis tidak akan teragak-agak bertindak ke atas mereka yang melanggar undang-undang termasuk cuba mengganggu pengundi.

“…jadi kepada para penyokong parti politik tolong jangan mengganggu ketenteraman pengundi,” katanya pada sidang media, semalam.

Tun Hisan turut menasihatkan pengundi agar tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak selain Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu di ibu kota, Polis Kuala Lumpur juga memberi jaminan sama kepada warga kota bahawa pasukan keselamatan akan memastikan tempat-tempat mengundi selamat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah menyusun strategi yang teliti serta mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi untuk
memikul tanggungjawab bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin.

“Walaupun polis telah menjumpai bahan-bahan yang dipercayai letupan, namun setelah pemeriksaan dijalankan ia mendapati bahan-bahan tersebut tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada orang ramai.

“Ia hanyalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengganggu ketenteraman awam dan menakut-nakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam. – Sinar Harian

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: