Tok Pa Mengundi Paling Awal

20130505-123629.jpgJELI – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed antara yang terawal membuang di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Batu Gajah di sini pagi ini.

Beliau tiba di pusat tersebut kira-kira pukul 7.45 pagi dan melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengundi bagi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga sebaik sahaja pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) ini, Mustapa akan menentang dua calon Pas iaitu Mohd. Apandi Mohamad bagi kerusi Parlimen Jeli dan Abdullah Ya’kub bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas.

Mustapa telah menewaskan Mohd. Apandi pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 4,436 undi.

Sementara itu, Mustapa yang ditemui selepas itu berkata, beliau berharap proses pengundian 20130505-123750.jpgakan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang provokasi sehingga boleh menimbulkan kekecohan.

Katanya, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjalankan tugas dengan cekap dan sistem baharu yang diperkenalkan amat baik.

“Alhamdulillah cuaca di Jeli baik. Saya mengundi di saluran satu, sehingga kini proses pengundian dengan lancar, sistem baharu yang baik, teratur serta kakitangan SPR cekap untuk menjalankan tugas mereka.

“Dalam pada itu prosedur dakwat kekal yang diperkenalkan buat kali pertama memberi keyakinan kepada rakyat bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar,” katanya.

Mustapa berkata, ia juga membuktikan kerajaan telah melaksanakan tugas dengan sempurna dengan baik.

Malah beliau berharap tidak ada isu yang akan ditimbulkan oleh mana-mana pihak selepas proses pilihanraya berakhir pada petang ini.

Tags: , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: