Masa Untuk Bangunkan Kelantan

kelantan-2Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) sama sekali tidak mengejutkan. Sememangnya dalam jangkaan, Barisan Nasional (BN) masih tidak dapat menumbangkan Pas di Bumi Serambi Mekah ini.

Pas ternyata masih kebal dengan dakyahnya undi BN beerti menolak Islam biarpun ramai yang menyedari ahli UMNO dan penyokong adalah Islam malah lebih Islam daripada Pas.

Hakikat yang perlu diakui adalah pengundi yang bermastautin di Kelantan mahukan perubahan.

Mereka mahukan sebuah kerajaan yang dapat membangunkan negeri ini dan bukannya sekadar retorik yang menyebabkan bumi tercinta ini tergadai kepada dua pemimpin cauvanis daripada Perak.

Petualang yang sebenar bukanlah Pas tetapi pengundi yang tidak tinggal di negeri ini. Mereka telah mengecapi nikmat daripada pembangunan yang dilaksanakan oleh BN tetapi pulang membuang najis di kampung halaman sendiri  untuk dihidu oleh ibu bapa waris warah.

Sedarkah anak-anak yang berada di perantauan bahawa ibu bapa, adik, kakak atau ibu bapa saudara mereka hidup dalam serba kekurangan.

Golongan ini yang mahukan perubahan supaya negeri ini dapat dibangunkan setanding dengan negeri-negeri lain di semenanjung yang diperintah oleh BN.

Maka disebabkan itu keputusan pilihan raya umum ini jelas menunjukkan bahawa rakyat terutama di kawasan luar bandar mahukan perubahan. Mereka sedara hanya BN yang mampu segala perubahan ini.

Dua kawasan Parlimen hulu Kelantan, Gua Musang dan Jeli  telah menunjukkan peningkatan yang ketara apabila jumlah majoriti bertambah malah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi kubut kuat Pas, Air Lanas, Jeli berjaya dirampas kembali.

Begitu juga di Tanah Merah dan Kuala Krai, jumlah undi meningkat dan BN berjaya mendapat dua kerusi DUN, Dabong dan Guala Ipoh serta merampas kerusi Parlimen Tanah Merah.

Di Machang pula biarpun tewas di tiga kerusi DUN, pengundi memulangkan kembali kerusi Parlimen kepada BN sebagaimana pada PRU 11 Mustapa-Mohamed-UMNO-Kelantanlalu.

BN juga telah menunjukkan prestasi yang membanggakan di Pasir Puteh mendapatkan kembali Semerak dan Selising dan walaupun tewas di Limbongan dan Gaal jumlah majoriti dapat dikurangkan dengan mendadak.

Hakikatnya biarpun kalah tetapi BN menang kerana jumlah kerusi dalam DUN dapat ditingkatkan sekali ganda begitu juga kerusi Parlimen bertambah daripada dua kepada lima kerusi.

Namun hasrat penduduk di kawasan hulu Kelantan ini telah dikhianati oleh pengundi luar. Mereke telah hidup dalam serba kesenangan tetapi dengan sengaja membiarkan kehidupan anak beranak mereka dalam serba kepayahan.

Bagaimanapun rasa syukur harus dipanjatkan kepada Allah SWT kerana bumi ini masih diperintah oleh Melayu dan Islam disaat tsunami Cina membadai pantai barat.

Inilah detiknya untuk umat Melayu dan Islam bersatu dan alangkah indahnya jika ia bermula di Bumi Serambi Mekah ini sebagai contoh kepada saudara-saudara kita di pantai barat.

ahmad yakobLupakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tunjukkan kepada bajingan ini bahawa umat Islam telah bersatu demi mempertahankan kedaualatan ummah.

Jika masyarakat Cina sudah menunjukkan apa yang mereka mahu, kini, tiba giliran kita menunjukkan apa yang kita mahu.

Harus diingat masyarakat Cina mempunyai segala-galanya baik pendidik dan ekonomi. Kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Tanpa kuasa percayalah, umat Melayu dan Islam akan merebah menyembah bumi.

Alangkah moleknya jika kepakarana Menteri Besar, Datuk Amad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bergabung dengan kepakaran Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Awang Adek hang amat mahir dalam bidang ekonomi.

Sudah 23 tahun Pas memerintah Kelantan dan ternyata kepemimpinan Pas lemah dalam aspek pembangunan ekonomi walaupun mereka agak bersih dari aspek pentadbiran.

Gabungan keempat-empat tokoh ini akan membawa Kelantan ke arah yang lebih baik, akhirat dan duniawi akan berjalan seiringi. Lupakan sengketa demi membin Islam yang syumul.

Tunjukkan kepada pengundi luar bahawa kita penghuni bumi bertuah yang kaya dengan hasil kurniaan Allah ini mahukan perubahan. Kita sudah serabut perut dengan apa yang berlaku. Kita juga sudah letih berpolitik.

Hentikan ceramah dan cerca mencerca, ayuh bersama-sama berganding bahu untuk membina Kelantan yang gemilang contoh sebenar dunia Islam.

Dan penulis percaya hukum hudud yang menjadi cita-cita setiap umat Islam leih mudah untuk dilaksanakan sekira-kiranya tokoh-tokoh ini bergabung. Inilaha masanya untuk kita bangkit.

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: