Nik Aziz : Bukan Salah Nik Amar

 

 

Husam Kambing-1KOTA BHARU – Selepas geger sejak sekian lama mengenai isu pengguguran Datuk Husam Musa daripada barisan saf kepimpinan tertinggi Kerajaan Pas Kelantan akhirnya, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Suaranya itu ‘disampaikan’ oleh anaknya, Nik Abduh melalui laman sosial facebook. Kenyataan tersebut mungkin dikeluarkan kerana melihat anak buah Husam sudah tidak tentu arah, melalak sana sini ibarat anjing tidak bertuan.

Kata Nik Abduh, ayahnya telah menyenaraikan Husam sebagai exco bagaimanapun ia ditolak oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Namun dalam jawapan Nik Aziz itu ada maksud tersirat iaitu beliau mengiktiraf Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar dan menolak Husam untuk menjadi orang nombor dua dalam Kerajaan Pas Kelantan.  Harus diingat Husam hanya disenaraikan sebagai Exco bukan Menteri Besar mahupun Timbalan Menteri Besar seperti mana yang dikehendaki oleh anak buah Naib Presiden Pas itu.

Ia jelas menunjukkan bahawa Husam tidak layak untuk memimpin negeri ini dan Nik Aziz sudah mengetahui warna sebenar manusia yangnik aziz doa pernah diiktirafnya sebagai anugerah Allah kepada rakyat Malaysia.

Berikut adalah kenyataan Nik Abduh dalam laman sosialnya:

Semasa berbual santai mengenai isu-isu politik dalam dan luar negara bersama ayahanda tuan guru petang tadi, beliau ada memberitahu saya bahawa seorang murid lamanya dari Pengkalan Chepa beberapa hari lepas telah datang dan dalam kerisauan bertanya beliau mengenai isu kepimpinan baru negeri Kelantan yang masih panas diperkatakan.

Ayahanda kata, dia jawab, 

“Dalam hal ini, Dato Nik Amar tak bersalah langsung. Ayah yang putuskan (dalam mesyuarat) perlantikan dan ayah juga yang putuskan senarai cadangan exco untuk diangkat ke istana. Semua pimpinan tertinggi negeri disenarai dan diangkat. Tapi kita kena terima keputusan istana untuk tolak atau terima.”

Ayahanda juga zahirkan rasa kecewa dengan kehangatan yang timbul akibat khabar angin yang tanpa usul periksa. Tapi beliau nyatakan keyakinan bahawa isu ini akan selesai dan kerajaan baru pimpinan YAB Dato Ahmad Yacob akan lebih menyerlah nanti.

Semoga pendukung parti tahu bahawa mendukung jamaah dan amanah memerintah yang di
pikul oleh jamaah adalah satu kewajiban ugama. Jauhilah bauran fitnah yang cuba menyelinap masuk dalam saf untuk memecah belahkan dan melemahkan.

Bersegera mengejar kelebihan daripadaNya dengan saling kuat menguat, saling bantu membantu di atas al birr dan al taqwa.

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: