100 Hari Yang Kuchar Baghar – Pas Terus Kekal Di Kelantan

surat-sultan-kelantan-husamAgak sekian lama saya tidak menjengah laman sesawang ini.  Sudah dipenuhi sawang pun. Saya akui agak kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) lalu sehingga mengambil keputusan untuk menggantung jari daripada mengetuk papan kekunci ini.

Namun atas rasa cinta, kasih dan sayang kepada tanah tumpah Negeri Serendah Sikebun Bunga ini, saya mengagahkan diri untuk menulis semula. Semua berpunca daripada  keadaan dalaman Kerajaan Pas Kelantan yang tidak menentu, kuchar baghar.

Semua pihak melihat kepada budak-budak Husam Musa yang NGOR, melalak melolong tidak tentu hala seperti anjing yang mahu menyelamatkan tuannya. Ini katanya punca tidak stabil sehingga fokus kerajaan yang memerintah tersasar jauh.

Sekiranya kerajaan berada dalam keadaan goyah kesannya akan dirasai oleh rakyat. Selepas 100 hari Pas mengekalkan pemerintahan keadaan semakin teruk. Keadaan dalaman Pas semakin goyah. Desakan demi desakan kedengaran.

Terbaru, budak-budak NGOR  mula menyerang payung negeri iaitu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V. Keadaan ini memang gila. Semuanya berpunca hanya kerana Husam. Husam tidak jadi Timbalan Menteri Besar. Husam tidak boleh beri makan kepada budak-budak NGOR.

Namun bukan Husam seorang sahaja yang bersalah tetapi keseluruhan saf kepimpinan juga bersalah kerana gagal mengawal keadaan. Apa Menteri Besar dan Exconya buat dalam tempoh 100 hari – jawapannya kosong. Mana pelan biru (blue print) pembangunan negeri? – jawapannya kosong jugak.

Rakyat juga ternanti-nantikan bagaimana keadaan Lebuh Raya Rakyat dan Stadium Bukit Merbau. Projek mega yang menjadi katalis kepada kemenangan Pas di Kelantan. Nampaknya projek ini mengulangi skrip lama sepertimana yang terjadi kepada Jambatan Palekbang – Kampung Cina dan Pelabuhan Darat Kuala Krai.

Apa yang ada hanyalah, aksi-aksi ranjang penyokong Husam dan Nik Amar yang bergelut untuk melondeh kain sesama sendiri. Adakah ini gaya politik Islam yang ditonjolkan oleh Pas.

Dan keadaan bertambah buruk apabila seorang tokoh akademik biarpun mengaku tidak menyebelahi mana-mana pihak telah menyerang kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yakob dan serangan peribadi terhadap Nik Amar.

Malah tindakan Nik Amar mendedahkan surat  yang dipercayai telah diminitkan oleh Tuanku Al Sultan sendiri tentang pemilihan exco, bagi membuktikan nama Husam sememangnya ada dalam senarai tersebut tetapi telah ditandakan x dan ditandatangani oleh Tuanku sendiri telah menburukkan lagi keadaan bukannya meredakan keadaan.

Pertemuan puak NGOR dengan Nik Amar juga membuka lembaran baru kepada sejarah Kelantanm, NGOR meludah ke langit apabila mereka sendiri mula menyerang Baginda Tuanku yang memayungi keamanan dan kestabilan negeri ini. Allah maha kaya sekarang telah terbukti siapa penderhaka sultan yang sebenarnya.

Slogan tolak penderhaka bukannya kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed tetapi kepada kepala mereka sendiri iaitu Datuk Husam Musa.

Kesimpulan di kedai kopi, ia berpunca daripada sifat terlalu taksub kepada Husam sehingga membuatkan budak-budak hingusan NGOR lbtngortmb1lupa diri ibarat dirasuk kuntilanak. Buktinya, Listen Basikal Tua yang menghasut anak-anak muda supaya menentang sultan. Makanya tindakan harus dikenakan kepada budak yang ubun-ubunya masih lagi hijau agar dia mengerti apa itu kurang ajar.

Oh ya! hampir terlupa dengan sikap kebudak-budakkan Husam Musa yang menolak watikah supaya mengepalai dua agensi yang sangat bermakna untuk Kerajaan Pas Kelantan iaitu Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjong (PPBBT) dan Kelantan Golden Trade. Kedua-dua badan ini sebenarnya buah idea Husam sendiri. Apakah beliau sendiri mahu melihat ideanya gagal atau apakah beliau takut kerana penipuannya telah terdedah.

Masih ingatkah kita bagaimana Utusan Malaysia mendedahkan penipuan yang berlaku dalam Dinar Emas Kelantan dan bolak balik pelantikkan Umar Vadillo.

Begitu juga sawah padi yang masih menghijau di Tunjong. Mungkin itu konsep pembangunan di Bandar Baru Tunjong, ‘Go Green’ tidak perlu bangunan biarpun ia dinamakan pembangunan bandar baru.

Husam harus menerima sekurang-kurangnya jawatan Pengerusi  Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjong (PPBBT) bagi memastikan pembinaan Stadium Bukit Merbau menjadi kenyataan. Stadium amat penting untuk menarik sokongan anak muda. Stadium tidak dibina tidak apa kerana alasannya sudah ada, ‘Kerajaan Pusat Sekat’ – Skrip sejak 25 tahun lalu.

Bagaimana pula dengan kenyataan dari blog Kickdefella ini:

“Saya melihat perlantikan untuk kedua dua jawatan itu adalah untuk Dato Husam membuktikan kebolehan beliau kepada rakyat Kelantan dan penyokongnya bahawa apa yang beliau asaskan dahulu boleh berjaya, memandangkan TDC dilantik sebagai peneraju kepada projek ilham beliau sendiri iaitu Stadium dan Bandar Sukan Bukit Merbau. KGT pula dilihat seolah olah gagal mencapai matlamat untuk menjadi matawang alternatif bagi rakyat Kelantan kerana rata rata peniaga di Kelantan dan rakyat masih kurang atau hampir tiada yang menggunakan Dinar dan Dirham sebagai ganti matawang. Jadi , Jika Dato Husam boleh meneraju kembali TDC dan KGT dengan tersergamnya sebuah Stadium Bukit Merbau dan jualan dinar KGT kembali kepada matlamat asal , maka itulah ‘benchmark’ sebenar kebolehan Dato Husam, dan boleh lah berkira kira untuk perkara yang lebih besar lagi yang dijanjikan untuk rakyat sebelum PRU 13 lalu iaitu Lebuhraya Rakyat ‘LERAK’.

Tapi, pantas Dato Husam, menolak mentah mentah perlantikan tersebut sambil menempelak kerajaan negeri dengan kisah LOMBONG BIJIH BESI DAN EMAS di Gua Musang yang berkeluasan 3000 ekar. Dato Husam mendakwa lombong tersebut tersimpan reserve bijih besi dan emas bernilai RM2.5 billion, sesuatu yang tidak diketahui rakyat sebelum PRU 13, sehingga ramai bersimpati menderma untuk melihat LERAK direalisasikan walau sedar jumlah RM2.0 billion adalah satu jumlah yang sukar dicapai hanya melalui derma. Dato Husam mendakwa lombong tersebut telah ditukar status oleh pentadbiran baru untuk diberikan kepada beberapa individu. Siapakah individu tersebut, masih menjadi tanda tanya, tapi sudah ada ura ura yang tersebar bahawa tanah 3000 ekar itu telah diberi Status SULTANATE LAND.

Adakah takrifan induvidu yang dimaksudkan oleh Dato Husam adalah ‘SULTAN’? Kalau ia benar diberi Status Sultanate Land adalah amat tidak wajar bagi Dato Husam mempertikaikanya. Sewajarnya pentadbiran Kerajaan Negeri harus meneliti secara serius apa yang dituturkan oleh Dato Husam mengenai hal ini supaya hubungan Istana dan Kerajaan Negeri berlangsung baik sepanjang 5 tahun akan datang untuk kesejahteraan rakyat.

Satu lagi persolan yang timbul adalah dari mana yang Dato Husam mendapat angka nilai Bijih Besi dan Emas dikawasan seluas 3000 hektar bernilai RM2.5 billion, melebihi apa yang diperlukan untuk membina LERAK, adakah beliau memberitahu berdasarkan Geological Report  atau mana mana laporan bertulis setelah kajian dibuat ?. Adakah ini sekadar sekali lagi untuk menyedapkan hati penyokong penyokong dan rakyat Kelantan sekali lagi untuk terus bersimpati kepadanya?,setelah apa yang berlaku terhadap janji janji terdahulu,  tidak cukup dengan hanya menayangkan kepingan emas yang boleh diragui dari mana asalnya. Dato Husam perlu dedahkan laporan pengesahan terhadap nilai sumber itu kepada rakyat.”

lbtkurgHarus diingat Kickdefella telah membuktikan bahawa beliau benar dalam setiap kenyataannya mengenai Husam. Jika tidak Husam tidak akan menarik balik samannya dan terpaksa membayar kos sebanyak RM40,000.

Pun begitu penulis sekali lagi mahu mengulangi bahawa tulisan ini tidak menyalahkan Husam dan juak-juaknya 100 peratus. Ahmad Yakob dan Nik Amar juga bersalah dan mungkin juga Datuk Seri Mustapa Mohamed yang tidak ada kena mengena pun bersalah juga.

Ahmad dan Nik Amar gagal untuk mengawal keadaan. Mustapa pula bersalah kerana membawa pulang terlalu banyak projek di Kelantan sehingga rakyat lupa makna terima kasih.

Jujurnya, keadaan ini amat sukar, selagi kesemua kepala-kepala Pas Kelantan tidak meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Kelantan akan terus dalam keadaan begini untuk tempoh lima tahun akan datang. Masalah air, jalan, perumahan dan tanah tidak akan selesai.

Bagaimanapun penyokong dan pemimpin Pas tidak perlu khuatir, Pas akan terus kekal memerintah Kelantan selagi ada bulan dan bintang kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih nyenyak tidur dibuai mimpi di kayangan.

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: