Pemilihan: Ku Li Berteka Teki, Bayang Undur PRU 14

ku li

GUA MUSANG – Kedudukan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu masih belum diketahui biarpun desas-desus menyatakan beliau akan mencuba nasib sekali lagi untuk merebut jawatan Presiden.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan Ku Li masih berteka teki mengenai hasratnya sama ada untuk bertanding atau tidak dalam pemilihan parti itu namun tanpa berselindung mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baharu parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 Sept (untuk Majlis Tertinggi).

“Pada masa ini saya tidak mahu membuat sebarang keputusan, tunggu 28 September, dimana pada masa itu semua ahli UMNO yang layak termasuk saya boleh mendaftar untuk merebut sebarang jawatan pada pemilihan UMNO Oktober depan.

“Hari itu saya akan buat keputusan,” katanya kepada pemberita pada majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang di Kampung Lambok di sini

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, sudah sampai masanya beliau berundur daripada menjadi Ahli Parlimen selepas hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di sini.

“Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu untuk memberi khidmat kepada rakyat,” katanya.

PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya.

“Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih,” katanya.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: