Lembu Bertudung Merah

lembu3Ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, secara tiba-tiba muncul replika lembu di seluruh negara. Di badan replika tersebt tercatat jumlah sebanyak RM250 juta.

Kesannya melekat terus di kepala rakyat. Kesannya juga BN hampir kecundang. Kesannya juga menampakkan jentera Wanita BN gagal untuk berfungsi sebagai tiang seri meraih sokongan rakyat.

Justeru itu, siapa yang harus dipersalahkan . Kalau ikan, sekiranya kepala buruk sampai ke ekornya akan berbau busuk.

Oleh itu, masih layakkah lagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk menyandang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia untuk penggal kedua?

Pada 12 Mac 2008, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama dua penggal suku (meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh) dan menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal di kerusi tetapnya, Lembah Pantai, kecundang kepada calon muda Nurul Izzah Ibrahim dengan majoriti yang besar.

Dalam tempoh yang lama memegang jawatan besar, apakah sumbangannya kepada agama, bangsa dan negara yang melayakkan beliau untuk terus kerusi Ketua Wanita? Saya rasa tidak ada yang menyerlah.

Jika dibandingkan rekodnya jauh berbeza dengan bekas Ketua Wanita dahulu, Tan Sri Rafidah Aziz yang cukup berpengalaman, cerdik, dihormati bukan sahaja di Malaysia, malah di arena antarabangsa.

Rafidah cukup berani orangnya. Berani kerana ada keyakinan diri. Keyakinan diri pula datangnya dari pengalaman dan ilmu. Sehinggakan berani bertikam lidah dengan Madeleine Albright, Setiausaha Luar, Amerika Syarikat ketika itu, dalam satu forum antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur.

Albright tidak dapat berkata-kata kerana Rafidah bercakap dengan fakta-fakta yang lengkap, tanpa perlu merujuk kepada pegawai-peagawainya. Beliau juga amat disegani dalam forum-forum antarabangsa seperti World Trade Organisation, ASEAN, ASEM, EAEC dan lain-lain.

Di bawah kepimpinan Rafidah sebagai Menteri Perusahaan Antarabangsa dan Industri selama lebih kurang 3 dekad, Malaysia mengalami zaman kegemilangan dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia. Kalau kita memandu dari Johor ke Perlis dan melihat kilang-kilang antarabangsa di keliling kita, kita harus mengakui bahawa inilah Foreign Direct Investments (FDI) yang mengalir masuk ke Malaysia pada zaman beliau. Itulah pengorbanan beliau kepada negara. Beliau sanggup kehilangan “masa kualiti” bersama keluarga untuk melawat negara-negara asing setiap masa demi untuk membawa masuk pelaburan luar.

Rekod Rafidah amat cemerlang, rekod Shahrizat kebanyakkannya berdakwat lembu1merah. Terlalu banyak isu.

Mungkin saya perlu menerima hakikat bahawa mungkin tidak akan ada Ketua Wanita yang sehebat Rafidah dan zaman Rafidah telah berlalu.

Namun, saya berharap calon Ketua Wanita dipilih dari kalangan ahli-ahli yang mampu meremajakan UMNO mengikut arus transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Shahrizat tidak layak sebenarnya kerana alasan-alasan berikut:

* Isu lembu NFC biarpun dibebaskan daripada SPRM tetapi kesannya amat kuat, persepsi telah melekat dalam kepala rakyat.  Politik adalah persepsi. Persepsi menguasai hala tuju sesebuah parti politik. Itu adalah hakikat yang perlu diakui.

Maka tidak bersalah pada mata SPRM tidak ada apa impaknya kerana rakyat sudah membuat hukuman dalam kepala mereka. Maka sudah jelas Shahrizat sudah kalah dalam perang kerana majoriti rakyat pastinya akan mengaitkan Shahrizat, lembu, kondominium dan RM250. Jika disimpan beliau akan terus menjadi liabiliti.

* Beliau telah kalah dalam PRU12 dengan majoriti yang besar kepada seorang anak muda yang baru berkecimpung dalam arena politik. Ini bermakna ahli-ahli Umno dikawasan Lembah Pantai pun tidak mengundi Shahrizat. Beliau tidak diterima dikawasan beliau sendiri. Apabila beliau kalah, beliau hanya memikirkan kepentingan beliau sendiri dan merayu kepada dua Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menlantik beliau sebagai Penasihat Khas dengan status Menteri.

* Beliau telah menjadi Menteri selama 2 penggal suku, tetapi apakah legasinya? Perlindungan kanak-kanak masih ditahap paling minima. Nurin di bunuh dengan kejam manakala Sharlinie dan ramai lagi budak-budak yang lesap begitu sahaja. Kes perceraian dikalangan orang Islam dan bukan Islam meningkat dengan mendadak, satu tanda bahawa institusi keluarga semakin rapuh. Hubungan kaum langsung tidak boleh dibanggakan.

lembu2* Telah menjadi makluman umum bahawa Shahrizat telah mengarahkan Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan timbalan ketua Wanita supaya beliau boleh menggunakan alasan ini untuk bertanding jawatan Ketua Wanita menentang Rafidah pada tahun 2008. Tetapi Allah maha kaya, Shahrizat gagal mengawal Kamilia, Kamilia telah berpaling darinya dan daripada UMNO.

* Jentera wanita BN gagal berfungsi dalam PRU 13 lalu, sehingga menyebabkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh BN semakin merosot.  Harus diingat jentera wanita sejak turun temurun terkenal dengan kegigihan mereka nak turun rumah untuk meraih sokongan dan ia terbukti sentiasa meningkat sehingga tahun 2008.

* Gagal menyediakan barisan pelapis, hanya seorang dari Exco Wanita UMNO Malaysia menjadi Exco dan tidak ada seorang pun yang dilantik menyertai kabinet sebagai menteri penuh.

* Isu Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah dalam kontrak perniagaan memberi kesan yang amat besar di Selangor.

Apa yang pasti Shahrizat harus diketepikan kerana beliau sudah menjadi liabiliti dan bukanny aset berharga lagi. Jika disimpan UMNO dan BN dibimbangi tidak mampu menangung liabiliti itu lagi sehingga tersungkur menyembah bumi.

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Lembu Bertudung Merah”

  1. kamal
    September 1, 2013 at 10:10 am #

    Bersetuju dgn saudara, persepsi masyarakat xharus di pinggirkan. Ini dibuktikan jika turun ke kedai kopi masyarakat akan memberi persepsi yang buruk terhadap beliau.Jgn dihitung makcik2 tua disekeliling beliau tetapi lihatlah hingga ke peringkat bawahan.Sememangnya bilau membawa liabiliti kpd UMNO dan Di harap Sharizat dapat melepaskan jawatan dgn terhormat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: