Merdeka & Sang Saka Malaya

merdeka11Malaysia menyambut hari ulang tahun pembebasannya daripada kolonial atau penjajah yang ke-56 tahun semalam. Bebas dari penjajah membawa erti yang cukup besar kepada seluruh rakyat negara ini.

Untuk bebas perlu bersatu dan berpadu. Jika berpecah amat sukar untuk kita membentuk satu suara bagi menjatuhkan bendera Union Jack pada 31 Ogos 1957.

Ketika itu semuanya satu suara satu hati membulat tekad untuk bebas dari cengkaman. Ada yang bergadai bergolok, ada yang menyumbang tenaga semata-mata untuk melahirkan sebuah negara bangsa itu berjaya.

Namun sifat sebuah negara bangsa tidak pernah menjadi kenyataan, sebaliknya ia hanya satu ilusi dan hari ini selepas 56 tahun negara merdeka jurang itu semakin melebar dan menjauh.

Rasa tidak puas hati di antara satu bangsa dengan bangsa lain semakin ketara, Melayu dengan hak bumipteranya, Cina dengan pendidikan Cinanya dan India dengan kemiskinannya.

Kerana apa jadi begitu? Jawapannya ialah kerana kita tidak jati diri yang kuat setiap generasi yang lahir semakin jauh dengan sifat untuk bersatu itu.

Malah ia diburukkan dengan sikap ungkit mengungkit serta cara pemimpin politik bermain dengan politik perkaumannya.

Paling menarik bagaimana kontroversi filem Tanda Putera terjadi. Filem yang dikategorikan sebagai filem patriotik itu dihentam dengan pembangkang kerana mengungkit sejarah hitam 13 Mei 1969.

Paling lantang ialah DAP kerana mereka merasa pedasnya dan individu Poster_Filem-Tanda_Puterayang terlibat itu masih wujud. Dan itu jugalah wajah sebenar DAP sebuah parti cauvanis yang hanya memperjuangkan hak kaum Cina sahaja biarun sering melaungkan slogan Malaysian Malaysia.

Namun disebalik sifat tersebut DAP, PKR dan Pas mengambil langkah bijak dengan mengajak rakyat melupakan sejarah hitam tersebut dengan menjadikan tragedi itu sebagai hari peraduan dan hari penyatuan rakyat Malaysia.

Mana tidaknya selepas tragedi itu, rakyat di negara ini bersatu hati untuk membentuk sebuah negara yang gemilang, UMNO, Pas, MCA, MIC, PPP, Gerakan dan parti Sabah dan Sarawak semuanya bersatu kecuali DAP yang kekal dengan semangat cauvanisnya.

Rasa tidak puas hati di antara UMNO dan Pas dibuang ketepi, rasa tidak puas MCA da MIC dengan Gerakan dan PPP ditong sampahkan. Semuanya duduk di bawah bumbung Barisan Nasional (BN).

Apakah perkara ini tidak dilihat oleh pemimpin BN? Kenapaa harus ada filem yang masih mengungkit luka lama itu lagi?

Benar DAP yang bersalah namun ada cara lain untuk mengingatkan perangai buruk pemimpin parti itu dan bukannya dengan cara membawa ke layar Perak yang menjadi bahan tontonan generasi muda supaya rasa suku di antara kaum semakin menebal.

Pun begitu DAP, PKR dan Pas menunjukkan sikap jelek disaat negara ini menyambut kemerdekaan, pemimpin mereka terus mempromosikan sejarag songsang dengan mengeluarkan bendera Sang Saka Malaya yang diperkenalkan oleh Kesatuan Melayu Muda dan Putera-AMCJA (komunis).

Untuk apa membawa bendera yang diperkenalkan oleh pengganas yang pernah berusaha untuk merampas kebebasan dan keamanan yang dinikmati di negara ini.

Bayangkan bagaimana keadaan negara ini sekirnya diperintah oleh Putera-AMCJA. Pastinya ada kaum yang ketinggalan atau lebih teruk lagi disembelih.

Rasa jijik dan mual apabila seorang lelaki tua dengan rambut panjang dan misai serta jangggut putih menutup mulut yang pernah diberi pengiktirafan sebagai sasterawan ulung negara membaca sajak disebelah bendera yang diperkenalkan oleh mereka yang pro kepada komunis.

Ingat kembali sewakutu lewat insurgensi. Berapa ramai pahlawan serta rakyat yang tidak bersalah ditembak dan dipancung.

mengamukOleh yang demikian tindakan berani lelaki merentap dan merampas semua bendera sang saka Malaya itu ketika A. Samad Said membaca puisi adalah amat mulia.

Beliau menunjukkan sifat patriotik yang tinggi malah lebih tinggi daripada A. Samad Said.

Semua ini menunjukkan negara berada dalam ancaman yang amat serius. Satu tindakan afermatif harus dilakukan untuk menyatukan kembali seluruh rakyat negara ini tanpa mengira resam agama atau beda leluhurnya.

Marilah kita bersatu, lupakan 13 Mei 1969, lupakan Sang Saka Malaya. Ini masa untuk membentuk kembali negara agar berada di landasan yang betul. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: