Penilaian Dan Kesimpulan Yang Adil Terhadap Husam Musa

 
husamkambing2Biarlah jika ramai yang tidak setuju. Tapi aku nak jawab dalam kubur esok. Aku perlu bagitau rakyat. Ini melibatkan pemimpin yang memacu jutaan rakyat ke arah mana. Nak marah, nak tolak, atau apa sahaja, terpulanglah. Cuma, sila baca sampai habis.

Kebaikan Husam

Idea banyak. Kerja rajin. Kedudukannya dalam PAS adalah berasal dari bawah. Buat kerja2 potostat. Jadi runner dan sebagainya. Bukan macam sesetengah pimpinan. Yang naik sebab laluan bapanya. Walau tidak bermaksud bapanya mencaturkan kedudukan anaknya seperti Mahathir, tetapi, dengan kedudukan ayahnya, maka masyarat mengenalinya dengan mudah.

Husam menjaga kawasannya (Salor) dengan baik. Bukan touch n go. Majoriti 3000 dan ke atas setiap kali berlaku pilihanraya membuktikan ini. Walau tak nafi ada segelintir yang mengundi bukan kerana Husam, tetapi kerana PAS; tetapi tanyalah orang Salor siapakah Husam.

Keburukan Husam

Idealis dan terlalu memandang rendah pada rakan pimpinan. Husam bersifat baik kepada rakan media dan rakyat pengundinya. Tetapi agak sinis dengan rakan pimpinan. Terutama dengan junior. Maybe Husam menyangka pemikiran mereka tak setanding dengan dirinya.

Contoh 1.
Idea kambing. Ini adalah bidang exco pertanian. Tetapi Husam melakukan projek ini tanpa saluran. Istilahnya projek lone ranger. Sepatutnya, walau exco pertanian adalah manusia lembab yang tiada idea, tetapi jangan sesekali melanggar prosedur.Setiap idea harus mengikut saluran. Kerana saluran itu dicipta untuk dipatuhi dan mengelakkan perkara buruk. Idea kambing tidak dibahaskan dengan masak. Jumpa idea, lancar, buat dan gagal. Husam dapat nama pada ketika pelancaran idea. Tetapi ketika gagal, tiada yang sanggup mendedahkan.

Contoh 2.
Sebelum hadir idea lone ranger Husam, setiap kematian di Kelantan diberikan saguhati sebanyak RM 500. Orang dah mati, nak buat apa bagi duit banyak? Cukuplah sekadar meringankan pengurusan dari waris keluarga.Datang idea Husam, nak bagi RM2500. Dinamakan dengan nama yang mencairkan penyokong. Takaful Kifaalah. Oleh kerana Husam begitu berpengaruh ketika zaman Tok Guru Nik Aziz, maka, tiada yang sanggup dan berani membahaskan idea ini dengan masak. Lancar dan buat.
Akhirnya, tiada kemampuan dan tidak praktikal. Dari RM2500 turun ke RM1500. Dan kini kerajaan negeri menanggung beban sebanyak 9 juta dalam keadaan Kelantan yang miskin.

Contoh 3.
Lebuh Raya Rakyat dan Stadium Rebana. Ini adalah projek gimik politik. Dengan perjudian kerajaan pusat tertekan untuk Lebuhraya rakyatmelaksanakannya, atau Malaysia diambil alih oleh Pakatan Rakyat.Idea fantasi ini tidak dibahaskan dengan masak kerana di Kelantan, pemimpin mereka takut kepada Husam kerana Tok Guru. Projek bernilai lebih 1 billion. Kutipan duit wakaf hanya 2 juta setakat ini. Orang yang kenal Husam melalui media akan anggap Husam hebat. Orang yang kenal Husam luar dan dalam akan anggap Husam adalah orang yang berfantasi.Hari ini, lebuh raya rakyat dan stadium adalah biawak yang ditanggung setiap pimpinan Kelantan. Dari Tok Guru, Husam sendiri hingga ke pimpinan bacul yang tidak berani membahaskan idea itu. Malah menjual gimik itu ke pentas kawasan masing-masing. Pernah ditanya kepada Husam, bagaimana jika pusat melaksanakan lebuh raya itu? Husam menjawab, biarkan dia buat. Bermakna kita berjaya.Tetapi bagaimana dengan wang wakaf? Hukum terhadap wang wakaf sangat besar. Husam menjawab kita bagi ke kerajaan pusat.Maka tunduk dan angguklah semua pimpinan di Kelantan.

Contoh 4.
Husam mengumumkan kewujudan telaga minyak darat di Kota Bharu. Orang yang mengenali Husam melalui media akan menganggap hebat. Boleh jadi PM dan Menteri Ekonomi. Tetapi sebenarnya itu hanyalah fantasi Husam. Gimik politiknya.Yang kelakarnya pula, NGO Husam, R boleh pula menyatakan penemuan petrol di telaga orang kampung, adalah minyak mentah asli. Mana ada minyak asli ditemui siap dalam keadaan di proses berbentuk petrol? Kebarangkaliannya kecil.(jarak telaga air tersebut dengan stesen minyak adalah 100 meter)

Contoh 5.
Penemuan kota lama di Palekbang. Penemuan ini turut menjadi fantasi Husam. Berapa juta duit kerajaan negeri habis bagi menyiasat, membersihkan dan mengorek tapak ini? Dan seperti biasa, projek lone ranger ini gagal. Kini terbiar.

hudud3PENUTUP
Husam dikenali seorang hebat melalui media. Tetapi seorang khayalan dalam dunia praktikal sebenar. Dan ini adalah tanggungjawab aku atas nama Allah untuk memberitahu. Banyak lagi projek lone ranger yang takut dibahaskan dengan masak oleh pimpinan Kelantan yang bacul. Depu, kereta api laju KB – KL dan pelbagai lagi.Husam adalah pemimpin terbaik seandainya prosedur dan sistem mengikat segala idea-ideanya. Tetapi Husam adalah perosak kalau idea-ideanya berleluasa tanpa perlu diikat prosedur dan sistem. Dalam muktamar PAS pula, kita tak perlukan golongan kitab yang tiada idea dan mudah ditipu. Juga tak perlukan idealis yang fantasi. Selamat memilih demi Allah.

– Dipetik dari akaun facebook Yie Bulan Purnama

Tags: , , , , , ,

Categories: Kolumnis

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: