Wanita – Akhirnya Lembu Yang Berkuasa

 

lembu3Dalam posting sebelum ini, saya telah memperihalkan cerita mengenai lembu bertudung merah. Biarpun ceritanya tidak menyentuh mengenai lembu tetapi semua maklum ia ditujukan kepada Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Dan seperti yang dijangkakan dengan kuasa melobi yang ada Shahrizat akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO untuk penggal kedua apabila pencabar terdekatnya, Azalina Othman telah menarik diri.

Soalnya kenapa Azalina secara tiba-tiba menarik diri sedangkan semua sedia maklum jenteranya telah bergerak hampir ke seluruh negara dan tumpuannya adalah perwakilan di akar umbi bukannya ketua-ketua yang telah makan angin di London atau pun menunaikan umrah ketika awal Ramadan lalu.

Pasti ada cerita disebaliknya. Saya bukan mahu memihak kepada Azalina mahu pun Shahrizat. Ini cerita wanita sepatutnya wanita yang selesaikan. Namun sebagai lelaki saya rasa berhak untuk menyuarakan pandangan kerana wanita hanya mempunyai satu akal dan sembilan nafsu yang kadang kala membuatkan mereka hilang waras untuk memilih baik dan buruk.

Hakikatnya, di antara Azalina dan Shahrizat – kedua-duanya bukan calon terbaik untuk mengepalai Wanita UMNO. Shahrizat mempunyai terlalu banyak isu hatta cerita lembu berharga RM250 juta sehingga hari ini belum selesai.

Begitu juga dengan Azalina, kelemahan utamanya ialah di mana ‘wanita’ pada Azalina gayanya seperti lelaki, malah kadang kala lagi keras daripada lelaki, papan sekeping sekali tendang terus patah.

Namun berdasarkan trek rekod Azalina mempunyai kelebihan. Lihat sahaja Puteri UMNO, ketika di bawah pentadbirannya, Puteri UMNO amat disegani dan dihormati lawan sehinggakan ada orang Pas hilang akal untuk melawan Puteri yang berani – selak kain untuk pastikan Puteri lari. Dan Pas juga meniru modul tersebut dengan menubuhkan satu sayap yang dinamakan Nisa tetapi tidak berjaya. Shahrizat-Azlina-Othman

Selepas tampuk kepemimpinan Puteri bertukar tangan akhirnya sayap anak gadis ini semakin menurun, semakin lembik, malah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, mereka seolah-olah tidak kelihatan langsung tidak berfungsi sama sekali. Ini trek rekod Azalina dan ia terbukti.

Berbalik kepada Shahrizat, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan wanita daripada Tan Sri Rafidah Aziz pada tahun 2009 dengan  menggunakan taktik yang amat kotor. Memaksa Kamilia Ibrahim bertanding jawatan Naib Ketua dan kemudian membunuh Kamilia.

PRU 13 merupakan pilihan raya pertama yang dikepalai Shahrizat. Lihat apa yang jadi, Jalinan Rakyat (JR) yang dibanggakan oleh Shahrizat tidak menyalurkan maklumat tepat yang menyebabkan culaan pada hari pembuangan undi merosot sama sekali.

Ia berpunca daripada rasa malu dan segan JR untuk bertemu dengan pengundi kerana cerita lembu belum berakhir. Ingat kesan ‘mahkamah rakyat’ – persepsi – lebih besar daripada pembebasan mahkamah sivil mahu pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Itu belum dikira lagi idea-idea yang pernah dicurahkannya sebelum ini, semuanya hancur. Lihat semasa beliau menjadi Menteri Pembangunan Wanita, masalah penceraian meningkat dan penderaan kanak-kanak semakin menjadi, ingat kisah Nurin Jazlin.

Lihat kembali bagaimana politik Shahrizat untuk melenyapkan tokoh-tokoh wanita yang hebat, siapa yang menonjol pasti akan disembelih. Maka disebabkan itulah hanya ada seorang sahaja Exco Wanita UMNO yang dilantik menjadi timbalan menteri – TIADA MENTERI PENUH. Mana kuota 30 peratus yang dilaungkan oleh Shahrizat sebelum ini. Semua ini penipu. Shahrizat seorang yang pentingkan diri.

Biarpun dalil yang ada ini sudah cukup untuk menidakkan Shahrizat namun Azalina telah mengambil langkah yang berjiwa besar untuk menarik diri biarpun sedar peluangnya untuk menang tetap ada biarpun sengit.

Namun bagi menghormati saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menarik diri malah khabarnya Perdana Menteri turut mengarahkan Shahrizat supaya memberikan jawatan lantikan tertinggi seperti Ketua Penerangan Wanita UMNO kepada Azalina.

Khabarnya, Datuk Abdul Azeez Rahim telah menjadi orang tengah dan mengatur pertemuan di antara Azalina dengan Perdana Menteri pada petang Jumaat.

Untuk rekod, Azalina telah mendapat restu daripada Rafidah untuk bertanding jawatan nombor satu dalam wanita. Pertemuan di antara mereka berdua berlangsung pada pagi Jumaat.

Kalau dilihat dalam permainan politik Shahrizat amat kejam, beliau menggunakan hubungan baik yang ada dengan media untuk membelasah Azalina setiap hari. Malah Shahrizat turut mengarahkan exconya mengeluarkan kenyataan sampai ada di antara mereka yang sudah muak dan tidak tahu apa lagi yang mahu dicakapkan.

 

ijatSaya percaya Perdana Menteri seorang yang bijak, beliau sedar sekiranya pertandingan itu dilangsungkan, perpaduan parti akan goyah terutama sekiranya Shahrizat kecundang. Justeru, demi perpaduan parti, Azalina akur dengan saranan Perdana Menteri.

Inilah pengorbanan seorang pemimpin berjiwa besar. Akur demi perpaduan. Bukan melolok melalak ke seluruh pelusuk tanah air memperlekeh orang lain. Bukan menggunakan wang berguni-guni membeli penulis upahan dan bukan membawa kepala-kepala di bahagian dan negeri ke London sebelum naik ke tanah haram untuk mohon restu Ilahi.

Biarpun begitu Allah SWT telah menetapkan sejak azali lagi, Shahrizat bakal mempertahankan jawatannya. Shahrizat adalah Ketua Wanita untuk penggal ini. Shahrizat adalah pemimpin kaum ibu untuk orang UMNO.

Terima dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmahnya. Moga cerita lembu akan berakhir. Moga Shahrizat tampil dengan wajah baru. Moga tiada lagi cerita menyinsing lengan di perhimpunan agung UMNO untuk pertahankan lembu. Moga Shahrizat berpegang pada janji seperti mana beliau memegang jerat lembu.

Moga perpaduan dalam UMNO tidak berkocak lagi. Moga semua bersatu hati untuk menghadap serangan dari musuh. Selamat Wanita UMNO, semua drama sudah berakhir.

 

 

Tags: , , , , , , ,

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: