613 terima anugerah Sultan Kelantan

 KOTA BHARU – Buat julung kali, Sultan Muhammad V menyambut Hari Keputeraan baginda yang ke-42 sebagai Sultan Kelantan tahun ini dan berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan Jaksa Pendamai (JP) kepada 613 individu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata 25 orang menerima gelaran Datuk melalui Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK), Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK) dan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi II) (DPMK).

Gelaran sama juga bagi penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (A-Ismaili II) (DJMK), Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi III) (DPKK) dan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (DPSK).

Majlis pengurniaan darjah kebesaran dilangsungkan di Istana Balai Besar, hari ini dengan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin penerima tunggal SPMK. Bendahari Majlis Orang-Orang Besar Diraja Kelantan, Datuk Dr Abdullah Sepien dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menerima SJMK.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Pengerusi Syarikat Sen Media, Sekh Mohd Ruzi @ Adnan Sekh Ahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif KuwaitFinance House (M) Bhd (KFH), Jamelah Jamaluddin pula menerima DPMK.

Lapan individu menerima DJMK, antaranya Timbalan Dekan Universiti Malaya, Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; EXCO Kelantan, Abdul Fattah Mahmood; peguam, Prof Azmi Mohd Ali; pesara, Nik Mustapha Nik Mahmood; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan peguam, Sulaiman Abdullah.

Pengarah Infantri/Tentera Markas Tentera Darat, Brig Jen Datuk Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 8 Briged Kem Pengkalan Chepa, Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah menerima DPKK.
Antara sembilan penerima DPSK ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Che Mohd Hashim Abdullah; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha; Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaya, Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff dan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Nik Rahmat Nik Taib.

Turut menerima DPSK, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa; Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Wan Mustapha Wan Ab Hamid; Pakar Perunding Kanan Kardiologi Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Zurkurnai Yusof; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Sementara itu, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak@Tuan Muda; Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda; Ahli ParlimenRantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dan pesara, Datin Dr Suriani Yahya antara penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili III) (JMK).

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat; Pengarah Urusan Wrosdee Resources (M) Berhad, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz; Naib Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, Datuk Dr Noordin Ab Razak; Yang Dipertua PERDASAMA Kelantan, Siti Esah @ Siti Aishah Mahmood dan Pengarah Syarikat ACT Secretarial & Management Consultant, Tan Ah Chio.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a comment