Pelajar Ponteng Diarah Solat Hajat dan Baca al-Quran

KOTA BHARU – Ibu bapa bagi duit suruh pergi sekolah tetapi 28 remaja ini ponteng.

Kesemua  pelajar terbabit  ditangkap di Ketereh, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Kedai Lalat dan pusat beli belah sekitar Bandar Kota Bharu.

Pelajar yang ditangkap itu telah dibawa ke Masjid Telipot diberikan tazkirah, diarah membaca al-Quran dan menunaikan solat hajat supaya berubah.

Operasi yang pertama kali diadakan tahun ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu dengan kerjasama Polis, Rela, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) negeri, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

“Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Malah Husin turut memberikan ceramah motivasi dan teguran kepada pelajar terbabit.

Beliau berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Pelajar Ponteng Diarah Solat Hajat dan Baca al-Quran”

  1. February 7, 2012 at 9:57 am #

    bagus gak tu..

Leave a comment