Najib: ‘Beri BN Mandat 5 Tahun Lagi’

imageKUANTAN – Warga Pahang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati terakhir malam tadi untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.

Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.

“Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini.

Najib berkata mandat baharu amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala agenda yang telah direncanakan ke arah mencapai status negara
maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Perjalanan kita masih jauh sebab kalau hendak Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi tidak mengambil setahun dua…tetapi sebelum sampai ke
tahap itu, kita kena melangkah satu jambatan iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.

“Kalau kita dapat pintas ke sebelah, yakin dan percayalah dengan mandat baharu itu kerajaan akan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” tegas Perdana Menteri yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata, sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009, kerajaan telah membentangkan kepada rakyat pelbagai program penambahbaikan bermula dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi (ETP) diikuti Program Transformasi Politik dan Sosial.

Najib berkata, beliau baru-baru ini telah membentangkan laporan pencapaian GTP dan ETP yang mengupas satu persatu bagaimana kerajaan telah memenuhi janji kepada rakyat termasuk dalam soal memerangi kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan menjamin pertumbuhan ekonomi lebih baik.

Lebih dekat di hati rakyat, kerajaan juga telah mencatat kejayaan agenda transformasi antaranya dengan kewujudan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat
1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, PR1MA dan Program 1Azam yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
“Kita tak akan janji bulan bintang. Tapi tak cukup bulan dan bintang, mereka (pembangkang) cakerawala pun dijanji. Malah syurga pun dijanji semata-mata
meraih sokongan.

“Sebagai rakyat, kena tanya mereka yang suka tabur janji…berapa banyak yang ditunaikan. Banyak janji tinggal janji,” katanya sambil mengingatkan rakyat
supaya tidak tertipu sekali lagi dengan pembangkang yang kini mula menabur janji baru melalui manifesto pilihan raya yang dilancarkan baru-baru ini.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan berita gembira kepada warga Kuantan apabila beliau mengumumkan pembinaan 20,000 unit rumah PR1MA di tiga
kawasan utama iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Najib turut mengumumkan peruntukan RM100 juta mencakupi masing-masing RM50 juta untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan banjir di Kuantan.

Bagi peringkat nasional, Najib mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta bagi skim pinjaman mikrokredit untuk tahun ini dan tahun depan.

Kuantan merupakan destinasi terakhir siri Jelajah Janji Ditepati yang bermula April tahun lepas di Batu Pahat, Johor.

Bagi menampilkan kelainan, program kali ini buat pertama kalinya diadakan pada waktu malam.

Najib, yang melakukan lawatan sehari ke Pahang, terdahulu merasmikan projek Rimbunan Kaseh di Kuala Lipis, melancarkan program Kawan 1M4U Fair 2013 di Pekan dan menghadiri jamuan malam dan kutipan amal untuk Sekolah Menengah Chong Hwa sebelum diakhiri dengan program Jelajah Janji Ditepati. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: